About Me

Foto saya
Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia
Thanks For Visiting This Blog


Get your own Digital Clock

Blog Details

Blog ini dikendalikan oleh :

Asiah Binti Nordin
Malik Rizuan Bin Jaafar
Mohd Mazlan Bin Maulana

Enjin Carian

PENGENALAN

Enjin gelintar atau enjin carian internet ialah sebuah sistem penerimaan informasi direka untuk membantu penggunya mencari informasi yang disimpan dalam sistem komputer. Enjin carian membantu untuk memendekkan waktu untuk mencari informasi dan jumlah maklumat yang perlu dirujuk, seperti teknik lain untuk mengurus maklumat.
Jenis enjin carian yang paling umum ialah enjin carian web yang mencari maklumat di World Wide Web.

Terdapat tiga cara asas untuk mencari sesuatu maklumat melalui menggunakan internet ataupun enjin carian.
1. Menggunakan URL (website address). Sekiranya anda mengetahui alamat web tempat anda ingin mengakses maklumat, anda hanya perlu menaip alamat web tersebut pada kotak lokasi (location box) dan kemudian tekan ENTER.

2. Klik pada "Penghubung" (link). Anda hanya perlu klik pada penghubung yang ada pada laman yang anda kunjungi untuk membawa anda kepada lamn yang anda ingin cari atau sebagainya. Cara seperti ini merupakan kaedah yang baik untuk melayri internet namun begitu, kaedah ini bukanlah kaedah yang efisyen untuk membantu anda mencari maklumat sebenar yang anda cari.

3. Menggunakan Enjin Carian. Anda boleh menggunakan enjin carian untuk membantu anda dengan lebih baik dan berkesan untuk mencapai maklumat atau laman web  yang ingin anda capai. Antara contoh enjin carian yang kian popular pada masa kini ialah Yahoo, Google, Bing, Altavista dan sebagainya.

ALAMAT WEB / URL (Universal Resource Locator)

Reading a URL address



Teknik Carian
1. Masukkan dan Kecualikan (+ dan -)
Cara ini digunakan untuk memudahkan anda memilih maklumat kerana dengan cara ini, anda hanya akan mendapat maklumat yang sebenarnya anda cari tanpa maklumat yang tidak berguna. Sebagai contohnya jika anda ingin mencari senarai nama penumpang (passenger list) kapal Titanic dan bukannya maklumat lain yang tidak berkaitan dengan carian anda seperti filem (movie) ataupun sebagainya.
contohnya : +Titanic -movie +passenger list


2. Penggunaan Huruf Kecil dan Besar
Kadang-kala terdapat beberapa enjin carian yang sensitif terhadap penggunaan huruf kecil dan besar semasa anda menaip untuk mencari maklumat (kecuali google). Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang menggunakan kata nama khas yang sepatutnya ditaip menggunakan huruf besar, maka haruslah menggunakan huruf besar. Perkara ini sebenarnya tidak memberikan kesan yang sangat besar kepada anda namun, dikhuatiri maklumat yang anda perolehi itu tidak sebanyak dan setepat yang anda ingikan.
conntohnya : Tun Endon Mahmood, Titanic...

3. Menggunakan " ... " (Quotes) pada frasa carian
Jika anda menaip satu urutan kata-kata dalam satu carian, pencarian akan mencari tempat-tempat yang mengandungi mana-mana daripada kata-kata itu. Jika anda mahu untuk kata-kata menyangkut bersama sebagai frasa, anda perlu untuk meletakkan frasa dalam "tanda petik."
contohnya : " sijil halal "

4. Menggunakan Tajuk (title):Tanda untuk fokus kepada carian anda
Kebiasaannya enjin carian akan mencapai apa sahaja lama web yang mengandungi frasa yang anda masukkan sebagai carian. Perkara ini akhirnya menyebabkan anda mencapai laman sesawang yang tidak berkaitan langsung dengan carian anda. Cara mengatasinya ialah dengan memberikan fokus kepada tajuk yang anda cari.
contohnya : Title:Corruption in Malaysia (tiada jarak antara title,noktah bertindih, dan juga tajuk bahan carian)

PENANDA LAMAN / BOOKMARKS
Sekiranya anda menjumpai laman sesawang yang anda minati, anda boleh menandakn laman tersebut bagi memudahkan anda mengunjungi laman tersebut pada bila-bila masa tanpa perlu mengingati alamat web berkenaan. Caranya, anda hanya perlu klik pada butang bookmarks kemudian klik "bookmarks this page "(sekiranya anda menggunakan Mozilla Firefox)

untuk maklumat tambahan, sila klik sini...