About Me

Foto saya
Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia
Thanks For Visiting This Blog


Get your own Digital Clock

Blog Details

Blog ini dikendalikan oleh :

Asiah Binti Nordin
Malik Rizuan Bin Jaafar
Mohd Mazlan Bin Maulana

Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk proses pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Informasi teknologi dari konsep kecil menurut sistem maklumat oleh Turban, McLean & Wetherbe (1996) terdiri daripada perkakasan, perisian pengkalan data, rangkaian perisian dan peralatan lain serta kemahiran. Definisi informasi teknologi yang lebih insentif oleh Daniels (1994) adalah terhad kepada perkakasan dan perisian computer sahaja. Sebenarnya ia juga berkaitan dengan bentuk fizikal elektronik informasi teknologi iaitu elektronik, digital, telekomunikasi, mesin cetak, alat pemprosesan dan skrin.

Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya informasi teknologi tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon mudah alih, faks, telegram, pda, MSC dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat:
1. Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakan.
2. Memanipulasikan maklumat dan memproses semula imej.
3. Digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima contohnya, penggunaan alat elektronik LCD skrin untuk menyampaikan kuliah.

Percetakan, telefon dan televisyen memainkan peranan penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Namun, penyebaran maklumat bahan-bahan media ini adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah, kebanyakan negara mempunyai peraturan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Contohnya di Malaysia, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.

Penggunaan teknologi yang canggih pada masa ini membolehkan penerima mendapatkan maklumat dari pelbagai laman web untuk mendapatkan pengetahuan, hiburan dan berita daripada seluruh dunia. Hal ini kerana, teknologi maklumat banyak memberi kebaikan kepada masyarakat.

Untuk maklumat tambahan, sila klik:
http://raihana.wetpaint.com/page/Definisi%20teknologi%20maklumat

Tiada ulasan: