About Me

Foto saya
Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia
Thanks For Visiting This Blog


Get your own Digital Clock

Blog Details

Blog ini dikendalikan oleh :

Asiah Binti Nordin
Malik Rizuan Bin Jaafar
Mohd Mazlan Bin Maulana

Keselamatan Web (Tip Membeli-Belah Dalam Talian)

1. PC mestilah dilindungi. Sebelum memasuki talian, pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan Internet yang dikemaskini untuk melindungi PC daripada perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman.

2. Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli-belah. Hanya disebabkan membeli-belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli.

3. Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang dari syarikat yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat itu.

4. Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.

5. Bayar dengan menggunakan kad kredit. Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli di dalam talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar dengan menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat untuk melakukan transaksi di laman web kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat.

6. Cetak resit atau helaian pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian!Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.

1 ulasan:

Instant Loan within 24hrs berkata...

Saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan Direct Access Online untuk memenuhi janjinya dengan memberi saya pinjaman, saya terjebak dalam keadaan kewangan dan perlu membiayai semula dan membayar bil saya serta memulakan Perniagaan. Saya cuba mencari pinjaman dari pelbagai firma pinjaman baik organisasi swasta dan korporat tetapi tidak pernah berjaya dan kebanyakan bank menolak permintaan kredit saya. "jika anda perlu menghubungi mana-mana firma dengan merujuk kepada mendapatkan pinjaman dalam talian dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan pelan / jadual pembayaran balik yang lebih baik. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel di {directaccesservice @ gmail.com} atau whatsapp @ +15754148400