Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.
Bagaimanakah Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.
Untuk maklumat tambahan, sila klik:
http://pjktmk.wordpress.com/2008/02/22/unit-9-enjin-pencari-tugasan-7/
About Me
- aNak SaBah
- Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia
- Thanks For Visiting This Blog
Get your own Digital Clock![]()
Blog Details
Blog ini dikendalikan oleh :
Asiah Binti Nordin
Malik Rizuan Bin Jaafar
Mohd Mazlan Bin Maulana
Welcome Note
Keselamatan Web (Tip Membeli-Belah Dalam Talian)
1. PC mestilah dilindungi. Sebelum memasuki talian, pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan Internet yang dikemaskini untuk melindungi PC daripada perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman.
2. Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli-belah. Hanya disebabkan membeli-belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli.
3. Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang dari syarikat yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat itu.
4. Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.
5. Bayar dengan menggunakan kad kredit. Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli di dalam talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar dengan menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat untuk melakukan transaksi di laman web kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat.
6. Cetak resit atau helaian pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian!Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.

Definisi Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk proses pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Informasi teknologi dari konsep kecil menurut sistem maklumat oleh Turban, McLean & Wetherbe (1996) terdiri daripada perkakasan, perisian pengkalan data, rangkaian perisian dan peralatan lain serta kemahiran. Definisi informasi teknologi yang lebih insentif oleh Daniels (1994) adalah terhad kepada perkakasan dan perisian computer sahaja. Sebenarnya ia juga berkaitan dengan bentuk fizikal elektronik informasi teknologi iaitu elektronik, digital, telekomunikasi, mesin cetak, alat pemprosesan dan skrin.
Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya informasi teknologi tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon mudah alih, faks, telegram, pda, MSC dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat:
1. Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakan.
2. Memanipulasikan maklumat dan memproses semula imej.
3. Digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima contohnya, penggunaan alat elektronik LCD skrin untuk menyampaikan kuliah.
Percetakan, telefon dan televisyen memainkan peranan penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Namun, penyebaran maklumat bahan-bahan media ini adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah, kebanyakan negara mempunyai peraturan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Contohnya di Malaysia, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.
Penggunaan teknologi yang canggih pada masa ini membolehkan penerima mendapatkan maklumat dari pelbagai laman web untuk mendapatkan pengetahuan, hiburan dan berita daripada seluruh dunia. Hal ini kerana, teknologi maklumat banyak memberi kebaikan kepada masyarakat.
Untuk maklumat tambahan, sila klik:
http://raihana.wetpaint.com/page/Definisi%20teknologi%20maklumat

Langgan:
Catatan (Atom)