About Me

Foto saya
Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia
Thanks For Visiting This Blog


Get your own Digital Clock

Blog Details

Blog ini dikendalikan oleh :

Asiah Binti Nordin
Malik Rizuan Bin Jaafar
Mohd Mazlan Bin Maulana

Bagaimana Hendak Menghapuskan Virus???

Virus komputer wujud dalam pelbagai bentuk dan boleh mengakibatkan pelbagai kerosakan terhadap sistem anda. Mujurlah, kebanyakan virus boleh diuruskan dengan mudah dan kaedah berkesan untuk menghapuskannya dicipta sebaik sahaja virus-virus dapat dikesan. Jika anda fikir komputer anda telah dijangkiti, ambil langkah yang perlu untuk membersihkan sistem anda dan mengelakkannya daripada menjangkiti komputer lain.



Langkah-langkah yang perlu dilakukan :

Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan perisian berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengenalpasti virus. 
Cari maklumat di internet berkenaan virus yang telah anda kenalpasti tadi dengan menaip nama virus atau file yang berkaitan pada ruangan di enjin pencari, diikuti dengan perkataan"virus". Contohnya, "Melissa virus", "BubbleBoy virus" dan sebagainya. Cubalah cari penyelesaian secara manual untuk menghapuskan virus ini. 

Seperti yang kita tahu, virus adalah satu perisian sama seperti Notepad, Word dsb. Jadi, kesannya juga adalah sama, jadi kita boleh membaiki Sistem kita yang terjejas secara manual 
Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches) atau program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut. Atau ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual. 
Jalankan pengimbas virus lain untuk memastikan virus berkenaan telah diuruskan sebagaimana sepatutnya. 

Lima Perisian Merbahaya

Di dalam internet ada banyak perisian-perisian yang ditawarkan secara percuma. Namun perlu dingat, ada beberapa jenis lesen perisian percuma. Ada yang FREEWARE yang bermaksud perisian ini adalah percuma, ada yang ADWARE atau SPYWARE yang bermaksud perisian ini percuma tetapi anda perlu instal perisian lain selain perisian yang anda inginkan. Di sini merupakan perisian-perisian yang TIDAK PATUT anda semua muat terima dan instal ke dalam komputer anda. 

1. Gator

Gator adalah perisian yang amat menyakitkan hati. Pereka Gator berupaya menginstall perisian mereka ini ke dalam komputer anda TANPA PENGETAHUAN ANDA. Dan mereka juga kadang-kadang mengelirukan pengguna dengan iklan-iklan yang menarik. Jika anda terinstal Gator, maka komputer anda menjadi seperti tapak IKLAN. Setiap hari anda akan dihujani dengan "pop-up" yang dihantar oleh Gator ini. Jadi, jauhkan komputer anda daripada laman web Gator.

2. Bonzi Buddy

Monyet comel yang berwarna ungu ini sebenarnya amat jahat! Jangan terpengaruh dengan kecomelan monyet ni. Bonzi Buddy sebenarnya mengumpul maklumat tentang tabiat anda di dalam internet, kemana anda meluncur, laman apa, bila dan maklumat ini akan digunakan untuk iklan yang dihantar kepada anda. Perisian ini juga akan menyebabkan komputer anda menjadi lembab! Jadi, jauhkan dari capaian komputer anda!


3. GoHip

GoHip dikatakan adalah penambah nilai kepada browser anda, tetapi sebenarnya, tiada guna instal benda ni. Browser anda menjadi lebih lembab dengan adanya benda ni. Malah, jika anda terinstal, nak buang balik amat payah. Tapi, jika anda terinstal juga, tekan pautan ini untuk buang GoHip ni. http://www.gohip.com/remove_browser_enhancement.html


4. Hotbar

Kononnya dengan adanya Hotbar ni browser IE menjadi lebih cool. Hotbar sebenarnya hanyalah sekadar skin browser IE sahaja. Selain mencantikan IE anda, tugas Hotbar adalah mengutip tabiat anda di dalam talian, merekod setiap sawang yang anda lawati. Menjadi capaian internet anda semakin perlahan dan lembab! Jadi nasihat saya - jangan instal! Jika anda terinstal, jangan guna Add/Remove kerana ini akan menyebabkan masalah lain timbul. Tekan sini! untuk buang Hotbar. http://hotbar.com/downloads/HBfullUnInst.exe


5. Xupiter Toolbar

Satu lagi perisian yang menyakitkan hati. acoms bukak CC..nilah antara perisian yang paling menyesakkan perasaan. Dia masuk dengan senang, pelanggan-pelanggan yang tidak arif pasal komputer, terus saja tekan YES dan benda ni akan instal dirinya sendiri! Lepas sahaja program ini masuk, komputer akan lembab. Kemudian banyaklah iklan yang bakal terpapar. Jadi, block terus alamat Xupiter ni!


Cara Menghindari Ancaman Virus

Sebagai pengguna komputer, ada beberapa langkah yang dapat kita lakukan untuk menghindari sistem kita dari ancaman virus ataupun akibat-akibat buruk yang ditimbulkannya:

1.Pasang Anti Virus pada sistem anda
Sebagai perlindungan di garis depan, penggunaan anti virus adalah wajib. Ada banyak anti virus yang berada di pasaran pada masa ini. Antaranya adalah McAfree VirusScan (www.mcafee.com) dan Norton Anti Virus (www.symantec.com). 


2.Update database program anti virus secara teratur
Ratusan virus baru muncul setiap bulan. Usahakan untuk selalu meng-update database dari program anti virus yang anda gunakan. Database terbaru dapat dilihat pada website perusahaan pembuat program anti virus yang anda gunakan.

3.Berhati-hati sebelum menjalankan file baru
Lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didownload di internet atau menyalin data dari orang lain. Apabila anda biasa menggunakan e-mail, berhati-hatilah setiap kali menerima attachment dalam bentuk file executable. Waspada terhadap file-file yang berjenis: *.COM, *.EXE, *.VBS, *.SCR, *.VB. Jangan membukanya sebelumsebelum melakukan scanning dengan software anti virus.

4.Curigai apabila terjadi keanehan pada sistem anda
Menurunnya prestasi sistem secara drastik, khususnya semasa melakukan operasi pembacaan/penulisan file di disk, serta munculnya masalah pada software semasa dijalankan, ia boleh menjadi tanda-tanda bahawa sistem anda mungkin dijangkiti virus. 


5.Backup data anda secara teratur
Tips ini mungkin tidak secara langsung menyelamatkan data anda dari ancaman virus, namun demikian akan sangat berguna apabila virus betul-betul menyerang dan merosakkan data di komputer yang anda gunakan. Setidak-tidaknya dalam situasi tersebut, anda tidak akan kehilangan seluruh data yang telah anda backup sebelumnya.






Virus

          Virus sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud racun. Bersesuaian dengan maksudnya, virus telah dicipta untuk melindungi fail-fail daripada dicerobohi. Namun kini virus telah disalahgunakan dengan tujuan untuk mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak ciptaan orang lain.


          Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat penyebaran. Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer. Virus komputer juga adalah program seperti program yang kita gunakan sehari-hari, seperti Microsoft Word dan lain-lain. Cuma, program lain digunakan untuk kebaikan, virus adalah sebaliknya.
Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.

           Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro. Namun begitu, dengan langkah balas yang bertepatan, kita masih dapat mencegah atau mengurangkan kehilangan dan kerugian akibat jangkitan komputer.

          Selain itu, virus juga dicipta untuk mengelakkan penjiplakan. Apabila virus menyerang komputer, kita dapat melihat saiz sesebuah fail itu bertambah besar dan terdapat perubahan tarikh walaupun fail itu tidak digunakan. Selain itu, komputer akan lambat beroperasi dan menjadi perlahan. Disket juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah cepat rosak atau tidak dapat dibaca dan dibuka.

          Pengaturcaraan komputer juga tidak dapat berfungsi seperti biasa. Masalah ini sememangnya akan memberikan kesan buruk kepada para pengguna kemudahan teknologi maklumat. Sebenarnya virus boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan cara jangkitan dan cara merosakkan sistem fail dalam sesebuah komputer. Virus jenis Logic Bomb ini dipercayai mungkin berupa tarikh virus itu diaktifkan. Oleh itu terbuktilah bahawa teknologi maklumat juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman virus.

          Bagi mengatasi masalah serangan virus, penggunaan anti virus hendaklah dimanfaatkan. Anti virus ini bukan sahaja dapat membantu menghalang serangan virus, malah dapat menyekat kegiatan penggodam komputer. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa di pasaran kini, terdapat pelbagai komputer yang direka khas untuk kanak-kanak. Komputer ini boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti contohnya menulis dan membaca. Namun ibubapa perlulah mengawal anak-anak dan menggalakan mereka menggunakan komputer sejak kecil lagi kerana aktiviti ini boleh meningkatkan daya ingatan anak-anak. Sesungguhnya, kewujudan teknologi maklumat sememangnya membawa kebaikan dan keburukan di samping menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Editorial Blogger

           Teknologi maklumat kini telah dieksploit dengan begitu rakus bagi mencapai pelbagai tujuan. Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga mencuri nombor kad kredit.
           Sememangnya fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama arus kemodenan telah digunakan untuk merosakkan manusia, biarpun teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia. Sebenarnya masyarakat kita semakin bergantung kepada komputer dan sistem rangkaian sebagaimana kita bergantung kepada keperluan asas iaitu bekalan air dan elektrik.
Namun alat ini akhirnya menimbulkan kegemparan awam dengan menggugat keselamatan para pengguna.
           Oleh yang demikian, semua pengguna dalam masyarakat maklumat hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang mendalam tentang isu keselamatan dan keperluan untuk membangunkan budaya keselamatan. Maka benarlah antara ancaman melalui teknologi maklumat ialah pengeksploitasian daripada pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Penggodam a.k.a Hackers

     Ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. 
     Namun terdapat juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti khianat ini sebagai salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi kelak. Golongan yang seterusnya pula menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk menceroboh sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau data penting. Ada juga golongan yang menghantar kod jahat atau virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer lain dan menyebabkan kerosakan teruk. 
     Sesetengah penggodam komputer menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau mencuri data. Ini terbukti kerana menurut satu laporan, terdapat seorang pelajar kolej di Texas telah dikenakan undang-undang setelah terlibat dalam aktiviti menggodam dengan menceroboh sistem komputer Texas dan mencuri maklumat peribadi pelajar, fakulti dan kakitangan dari universiti berkenaan. Oleh itu benarlah teknologi maklumat internet menghadapi ancaman daripada pihak penggodam.

Malware Pada Komputer

Malware terdiri daripada pelbagai perisian perosak yang berbeza seperti adware, spyware, viruses, worm dan yang terkini botnet. Setiap satunya berkongsi satu objektif iaitu akses ke dalam sistem seterusnya menyebabkan masalah sistem pengoperasi dan juga kecurian maklumat.

Tanda-tanda Jangkitan

Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, malware akan melambatkan fungsi sistem pengoperasian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan lain yang memungkinkan komputer dijangkiti malware seperti:

1.Wujudnya fail atau program yang tidak dikenali;

2.Pengguna menghadapi kegagalan apabila cuba melayari laman web www.microsoft.com atau laman web anti virus;

3.Terdapatnya beberapa direktori pada Windows Explores tetapi direktori tersebut tidak dapat diakses atau dibuka; dan

4.Perisian browser seperti Internet Explorer atau Firefox membuka (pop-up) iklan-iklan yang tidak diingini.

Berikut adalah senarai tools yang boleh digunakan untuk menghilangkan malware, semuanya adalah freeware dan tidak memerlukan proses instalasi yang rumit.

1.Process Explorer (SysInternals/Microsoft)

2.Autoruns (SysInternals/Microsoft)

3.TCP View (SysInternals/Microsoft)

4.Rootkit Revealer (SysInternals/Microsoft)

5.Process Monitor (SysInternals/Microsoft)

6.PsTools Suite (SysInternals/Microsoft)

7.SmartSniff (Nirsoft)

8.DTaskManager (Dimio)

9.O&O RegEditor O&O Software

untuk maklumat lanjut sila klik : www.ictsecurity.gov.my

Undang-undang Siber & Perlindungan Data Peribadi

Dalam konteks penguatkuasaan undang-undang, berbagai kes jenayah komputer diatasi dengan Akta Jenayah Komputer (Computer Crimes Act) 1997 yang merupakan rangkaian paket undang-undang siber di Malaysia. Walaupun ada anggapan sesetengah pihak bahwa akta ini masih sangat terhad cakupannya, namun kehadiran akta ini boleh dianggap sebagai langkah yang sangat tepat bagi menjawab cabaran teknologi kamunikasi dan maklumat sekarang ini. Akta ini penting bagi menutupi kekurangan undang-undang lama dalam mengatasi jenayah teknologi.

Sayangnya, manakala kita sudah memiliki undang-undang untuk mengatasi isu keselamatan, isu privacy pula masih belum dilindungi secara komprehensif dalam sebuah undang-undang.

Dalam konteks inilah, rujukan perlu dibuat kepada draft (bill) akta perlindungan data peribadi (PDP) yang mungkin akan diluluskan oleh parlimen pada tahun ini. Ini kerana undang-undang ini adalah yang paling komprehensif bagi pengaturan perlindungan privacy dalam kaitannya dengan sistem maklumat. Undang-undang ini telahpun disusun mengikut perkembangan semasa dalam isu komputer dan Internet.

Akta PDP ini dimaksudkan khasnya untuk mengatur tata cara pengumpulan, pemakaian, pmrosesan (processing), pertukaran, dan penyimpanan maklumat peribadi baik itu dalam bentuk otomatik ataupun manual. Akta ini mengatur hak-hak para pengguna dalam kaitannya dengan perlindungan privacy atau hak peribadi mereka.

Dengan akta ini misalnya, pengguna dibenarkan untuk mengetahui samada maklumat mereka ada disimpan oleh industri berkenaan, dan apa yang akan dibuat terhadap maklumat peribadi itu. Selain itu, pihak industri tidak boleh meneruskan praktik pemasaran langsung (direct marketing) menerusi e-mel apabila tidak disetujui oleh orang yang menerima e-mel berkenaan. Ketentuan ini kiranya sedikit banyak boleh membantu memecahkan masalah spamming.

Secara ringkasnya juga dapat dipastikan, bahwa kehadiran akta PDP akan dapat memberikan impak yang positif bagi perkembangan e-commerce di Malaysia.

Penggunaan e-mail yang Tidak Terkawal

Berbagai isu keselamatan dan privacy ini dapat berpunca dari pemakaian e-mel yang tidak terkawal dan tanpa sebarang bimbingan (guidance) yang betul. Malah hal ini dapat membantu memudahkan aksi-aksi pencerobohan tersebut, serta membuka jalan untuk melakukan bentuk-bentuk jenayah yang lain seperti pencurian maklumat, kes fitnah dan malu (defamation), pencerobohan hak cipta, serta pencurian wang melalui pencerobohan kad kredit.

Pemakaian e-mel syarikat yang tidak terkawal, komunikasi personal yang tidak perlu, serta pemakaian internet bukan untuk urusan pekerjaan disenaraikan sebagai beberapa faktor yang memungkinkan berlakunya pencerobohan sistem dan maklumat.

Pencerobohan ini sering berlaku karena pengguna Internet percaya bahwa identiti mereka dapat disembunyikan ketika mereka online. Anggapan ini tidak tepat sama sekali kerana identity kita sangat mudah terserlah menerusi Internet disebabkan kemajuan berbagai teknologi maklumat seperti cookies.

Cookies adalah fail-fail elektronik yang dihantar oleh pemilik laman web untuk merekodkan aktiviti pengguna menerusi Internet. Rekod digital inilah yang dijadikan oleh pemilik cookies tadi untuk mendapatkan identiti pengguna sehingga dapat digunakan untuk menghantar iklan menerusi spamming.

Dalam konteks ini, pihak kerajaan, industri dan mana-mana pihak yang telah membina sistem komunikasi dan maklumat menerusi Internet perlu mengambil kira berbagai risiko yang dapat menjejaskan aktiviti mereka ini, dan mengambil tindakan preventif (pencegahan) dengan memastikan dasar dan peraturan pemakaian e-mel di pejabat-pejabat mereka.

Tindakan pencegahan ini dapat dilakukan dengan berbagai cara. Yang paling mustahak adalah melalui pelaksanaan kod amalan (Code of Practice) atau dasar dalaman (Internal Policy) bagi pemakaian internet dan e-mel di premis pejabat. Selain itu, tindakan mengikut undang-undang juga perlu dirujuk, seperti undang-undang siber dan kanun jenayah.

Kod amalan pemakaian e-mel perlu difahamkan kepada semua pegawai di premis kerja supaya tahu risiko yang boleh berlaku apabila mereka memakai e-mel dan Internet. Beberapa hal yang boleh dijadikan panduan dalam membuat kod amalan adalah seperti tersenarai:

  1. E-mel hanya boleh digunakan untuk keperluan kerja saja;
  2. E-mel lama yang sudah tidak relevan perlu dipadamkan dari akaun;
  3. Berhati-hati apabila mendapatkan attachment dari e-mel dari alamat yang tidak dikenal, jangan membuka attachment untuk menghindari kemungkinan virus computer;
  4. Jika terdapat spam atau e-mel yang memuat iklan jualan, blok alamat pengirimnya, atau hubungi pegawai teknikal sistem; dan
  5. Pihak pengurusan dapat melakukan periksa dan pengawasan terhadap sistem e-mel di premis kerja.

Ini hanyalah sebahagian dari contoh dasar-dasar untuk mengawal aktiviti e-mel supaya tidak menyebabkan kes-kes pencerobohan.

Laporan Malaysian Computer Emergency Response (MyCERT)

Dalam tahun 2002, MyCERT (Malaysian Computer Emergency Response Team) melaporkan sehingga bulan Oktober, tidak kurang daripada 631 kes berkaitan dengan jenayah komputer berlaku di Malaysia. Lebih dari separuh membabitkan hacking (227 kes), virus komputer (212 kes), dan pencerobohan (57 kes).

Isu privacy pula menjadi hangat setelah banyak berlaku pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat. Pada Tahun lepas dilaporkan berlakunya pengambilan wang riuban ringgit menerusi ATM yang menunjukkan pencerobohan dan pencurian maklumat peribadi dari sebuah akaun bank.

Isu spamming kini menjadi ancaman bagi pengguna sistem e-mel dan Internet. Ini berlaku ketika banyaknya e-mel yang masuk mula memenuhi store penyimpanan data bagi sebuah sistem. Jika store itu penuh dengan tiba-tiba, sudah tentu ia akan menegah masuk e-mel-e-mel lain yang penting seperti urusan perniagaan dan bisnis. Bagaikan tamu tak diundang, spam yang menawarkan berbagai barang dan perkhidmatan ini dapat menganggu keselesaan pemakai e-mel, dan dinilai sebagai pencerobohan privasi, kerana memanfaatkan ruang e-mel mereka tanpa adanya kebenaran. Mengikut laporan MyCERT, kes spamming sepanjang tahun 2002 dilaporkan mencecah 100 kes hingga bulan Oktober. Sementara itu, masih lebih banyak lagi kes yang mungkin tidak dilaporkan oleh pemakai.

Kepentingan Internet

  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
  • Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian

Keburukan Penggunaan Internet

  • Kurang kepastian bagi mendapatkan maklumat yang benar-benar tepat.
  • Banyak perubahan di saat akhir perancangan.
  • Bahan perlu ditapis.
  • Interaksi subversis tidak terkawal.
  • Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
  • Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
  • Penggodaman mudah berlaku
  • Iklan-iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornogrfi.

Kebaikan Penggunaan Internet

  • Mendapat maklumat atau data dengan cepat dan pantas.
  • Menyokong media atau hypermedia.
  • Boleh berkomunikasi secara global.
  • Mengunakan capaian komputer jarak jauh.
  • Interaktif: membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

Internet

Internet merupakan sebuah rangkaian terbesar yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Internet juga merupakan sebuah rangkaian yang terluas (WAN). Selain itu, internet juga menggunakan protokol TCP/IP untuk proses penghantaran data dan maklumat. Internet juga menggunakan talian komunikasi seperti kabel sepaksi, fibertr optik, gelombang mikro dan satelit untuk proses penghantaran data. Kita boleh mendapat dan mencapai maklumat, berkomunikasi, berniaga, belajar serta membeli-belah dalam internet.

Selain itu, internet juga menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail, mel elektronik dan kumpulan berita. Internet juga dapat mengakseskan pengguna dengan pengguna yang lain atau mengakses maklumat daripada laman-laman web yang terkandung di dalamnya.

Apakah Maksud Enjin Carian ?

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.



Bagaimanakah Enjin Pencari Berfungsi?

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Untuk maklumat tambahan, sila klik:
http://pjktmk.wordpress.com/2008/02/22/unit-9-enjin-pencari-tugasan-7/

Keselamatan Web (Tip Membeli-Belah Dalam Talian)

1. PC mestilah dilindungi. Sebelum memasuki talian, pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan Internet yang dikemaskini untuk melindungi PC daripada perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman.

2. Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli-belah. Hanya disebabkan membeli-belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli.

3. Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang dari syarikat yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat itu.

4. Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.

5. Bayar dengan menggunakan kad kredit. Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli di dalam talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar dengan menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat untuk melakukan transaksi di laman web kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat.

6. Cetak resit atau helaian pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian!Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.

Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk proses pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Informasi teknologi dari konsep kecil menurut sistem maklumat oleh Turban, McLean & Wetherbe (1996) terdiri daripada perkakasan, perisian pengkalan data, rangkaian perisian dan peralatan lain serta kemahiran. Definisi informasi teknologi yang lebih insentif oleh Daniels (1994) adalah terhad kepada perkakasan dan perisian computer sahaja. Sebenarnya ia juga berkaitan dengan bentuk fizikal elektronik informasi teknologi iaitu elektronik, digital, telekomunikasi, mesin cetak, alat pemprosesan dan skrin.

Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya informasi teknologi tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon mudah alih, faks, telegram, pda, MSC dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat:
1. Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakan.
2. Memanipulasikan maklumat dan memproses semula imej.
3. Digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima contohnya, penggunaan alat elektronik LCD skrin untuk menyampaikan kuliah.

Percetakan, telefon dan televisyen memainkan peranan penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Namun, penyebaran maklumat bahan-bahan media ini adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah, kebanyakan negara mempunyai peraturan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Contohnya di Malaysia, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.

Penggunaan teknologi yang canggih pada masa ini membolehkan penerima mendapatkan maklumat dari pelbagai laman web untuk mendapatkan pengetahuan, hiburan dan berita daripada seluruh dunia. Hal ini kerana, teknologi maklumat banyak memberi kebaikan kepada masyarakat.

Untuk maklumat tambahan, sila klik:
http://raihana.wetpaint.com/page/Definisi%20teknologi%20maklumat